Tuesday, December 16, 2008

PR HADAPI LALUAN SUKAR DI KUALA TERENGGANU ~ Ref Malaysiakini

Pakatan Rakyat (PR) tidak akan menang dengan mudah walaupun pihak-pihak tertentu berkeyakinan sedemikian.

Ini dibuktikan dengan kajiselidik yang dijalankan oleh Ilham Centre selama beberapa hari di sekitar Parlimen Kuala Terengganu.

Dalam kajiselidik tersebut Ilham Centre telah menemui 622 responsden terdiri dari kalangan penyokong PAS, Umno dan tidak berparti. Mereka juga datang dari pelbagai kategori umur, lokasi luar bandar dan bandar, bangsa, Dun berlainan dan sebagainya.

Hasil dari kajiselidik tersebut membuktikan bahawa peluang kedua-dua iaitu PR dan BN untuk menang adalah seimbang.

Apa yang menarik walaupun responden Umno lebih ramai dari PAS/PR iaitu 311 berbanding responden PAS/PR (205) dan lain-lain (106), namun keputusan kajiselidik menunjukkan 24.8% responden berpendapat PAS/PR akan menang berbanding 20.9 % memilih BN dan 50.3 % menjawab tidak tahu.

Ini menunjukkan ramai ahli dan penyokong Umno tidak berapa yakin BN akan dapat mempertahankan kerusi parlimen Kuala Terengganu.

Kajiselidik mendapati bahawa responden meragui keupayaan kedua-dua parti iaitu PAS/PR dan BN dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat. Ini terbukti apabila sejumlah 467 responden merasakan Pilihanraya Kecil ini sangat penting untuk mereka menyuarakan masalah setempat atau tempatan.

Responden juga memberikan isyarat jelas bahawa calon BN yang paling mereka sukai ialah Dato' Wan Farid Wan Salleh. Namun beliau sudah pasti tidak dicalonkan kerana telah menerima perlantikan sebagai Senator untuk sepenggal lagi. Calon kedua paling popular ialah Bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Kuala Terengganu iaitu Hj Zubir Embong.

Bagi PAS pula calon popular ialah ADUN Batu Burok, YB Dr Syed Azman di mana 126 responden memilih beliau berbanding calon-calon lain iaitu Hj Mohd Sabu (73 responden); Dato' Wan Abdul Mutalib Embong (12) dan Dato' Mustafa Ali (3 responden). Manakala sejumlah 349 responden menjawab tidak tahu.

Ilham Centre membuat andaian bahawa Umno kemungkinan besar meletakkan Haji Zubir Embong sebagai calonnya kerana penerimaan masyarakat tempatan yang cukup menyenangi beliau. Ini bermakna PAS sewajarnya meletakkan calon yang juga disukai oleh responden kajian ini iaitu YB Dr Syed Azman yang jauh meninggalkan calon-calon lain iaitu Mohd Sabu, Wan Mutalib dan Mustafa Ali.

Adalah kurang bijak sekiranya PAS tidak meletakkan Syed Azman yang begitu popular di kawasan ini bertanding menentang bakal calon BN iaitu Zubir Embong. Ini kerana dari kajiselidik dibuat oleh Ilham Centre menunjukkan Syed Azman diterima oleh sebahagian besar penyokong Umno dan semua golongan tua atau muda berbanding calon PAS lain.

PRK KUALA TERENGGANU : SYED AZMAN JADI PILIHAN PENYOKONG PAS ~ Ref Malaysiakini

Survey yang kami jalankan di Parlimen Kuala Terengganu beberapa hari lepas mendapati ADUN Batu Burok, YB Dr Syed Azman Syed Ahmad mendahului dengan ajak jauh bakal-bakal calon lain seperti Dato' Mustafa Ali, Dato' Wan Mutalib Embong dan Hj Mohd Sabu.

YB Dr Syed Azman menjadi pilihan lebih dari 50 % responden. Secara tidak langsung ianya menggambarkan bahawa pengundi Kuala Terengganu menyukai Dr Syed Azman untuk menjadi calon.

Setakat ini sudah lebih dari 300 responden ditemui dari kalangan pengundi pelbagai latarbelakang pendidikan, pekerjaan, ideologi politik, lokasi dan sebagainya.

Menurut jurucakap Ilham Cente, pihaknya akan meneruskan 'survey' tersebut sehingga kepada 1,000 responden bagi memastikan 'survey' tersebut lebih luas dan dapat menggambarkan kehendak sebenarnya pengundi Kuala Terengganu siapa calon PAS yang mereka sokong.
Saya akan memaparkan angka sebenar keputusan survey tersebut setelah saya mendapat keputusan rasminya dari Ilham Centre sehari dua ini.

Kami akan mengeluarkan keputusan survey secara details dalam jangkamasa terdekat ini. Nantikan!!!

ILHAM CENTRE JALANKAN KAJIAN TENTANG CALON PAS DI KUALA TERENGGANU ~ Ref Malaysiakini

Ilham Centre sebuah firma penyelidikan bebas sedang menjalankan kajian tentang persepsi pengundi Kuala Terengganu tentang bakal-bakal calon yang akan bertanding pada pilihanraya kecil Kuala Terengganu.

Antara kajian yang dibuat ialah melihat kecenderungan pengundi kepada bakal-bakal calon parti-parti yang bertanding iaitu PAS dan BN.